Isnin, 14 Februari 2011
Jaringan Rooney menakjubkan
Alex Ferguson mengakui gol kemenangan Manchester United yang dijaringkan Wayne Rooney pada aksi Liga Perdana England kelmarin adalah yang terbaik pernah dilihatnya.
Pada aksi menentang Manchester City di Old Trafford tersebut, penyerang England itu meledakkan gol kemenangan pada minit ke-78 bagi membolehkan United menang 2-1.
Gol itu hadir menerusi satu sepakan akrobatik yang dilakukan Rooney selepas menerima hantaran lintang daripada pemain sayap Portugal, Nani.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan