Jumaat, 11 Februari 2011

Ipul , bekas suami Dewi Persik nafi cinta tak direstui



Pasangan Saipul Jamil dan Virginia Anggraini menafikan laporan media kononnya rancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga mendapat tentangan keluarga masing-masing.




Menurut penyanyi dangdut yang juga bekas suami Dewi Persik itu, tidak timbul isu bakal bapa mentuanya.



Kata penyanyi yang lebih mesra dipanggil Ipul itu, hubungan mereka kini sangat baik dan keluarga kedua-dua pihak memberi sokongan terhadap rancangan pernikahan itu.
“Mereka mendoakan kami bahagia dunia akhirat dan dikurniakan rezeki yang banyak,” katanya.

Sebelum ini, Ipul, 30, dikatakan berdepan masalah untuk menikahi Virginia, 24, kerana ketika pinangan dilakukan, bapa wanita itu tidak hadir atas sebab yang tidak diketahui.

Peminangan itu pula dilakukan di rumah datuk Virginia di Cimahi, Bandung, Selasa lalu.

Pasangan itu sepatutnya dinikahkan pada 10 Mac ini dan majlis kenduri diadakan sebanyak dua kali, masing-masing di Bandung dan Jakarta.

Pernikahan itu akan diadakan di Masjid Istiqomah, Bandung.



Sementara itu, Virginia berkata, bapanya tidak hadir kerana terpaksa menguruskan sesuatu di tempat lain.

Bagaimanapun, katanya, lamaran Ipul diterima baik oleh keluarganya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan