Jumaat, 11 Februari 2011

Ikan paus 4 tan metrik terdampar di pantai




Bangkai seekor ikan paus dipercayai daripada spesies Bryde seberat 4,000 kilogram (kg) ditemui terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda di sini semalam.
Penemuan bangkai ikan paus sepanjang kira-kira 12 meter itu menarik perhatian ratusan penduduk kampung yang ingin melihatnya dari jarak dekat.
Berdasarkan keadaannya yang mula reput dan berbau busuk, haiwan itu dipercayai telah mati lebih tiga hari lalu sebelum dihanyutkan ke kawasan pantai.
Jabatan Perikanan negeri percaya ikan paus itu adalah daripada spesies Bryde yang tergolong dalam spesies haiwan marin terancam di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan