Ahad, 13 Februari 2011
Hopkins teruskan kegemilangan
PERMAINAN perasaan yang dilontarkan Anthony Hopkins sejak The Silence of the Lambs (1991) tidak dinafikan mempunyai karakter tersendiri sehingga mampu mendorong penonton ke tahap perasaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Lantaran itu, tatkala menyaksikan lakonannya sebagai Father Lucas dalam genre seram kontemporari berkaitan rasukan syaitan ini bagaikan terujaan berterusan pelakon legenda ini.
The Rite bukan sekadar filem yang menampilkan unsur seram dengan elemen kejutan klise yang sengaja dibuat-buat untuk menakutkan penonton, tapi ia membawa satu objektif khusus iaitu kepercayaan kepada perkara ghaib.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan