Jumaat, 11 Februari 2011

Henry Cavill , SUPERMAN baru

Warner Bros. Pictures mengumumkan Henry Cavill bakal melakonkan watak adiwira popular, Superman untuk filem terbaru yang mahu dihasilkan, ramai meluahkan rasa hairan. Peminat setia drama rantaian popular Smallville yang disiarkan setiap Ahad, jam 10 malam, di TV3 meluahkan rasa kecewa kerana bintang kesayangan mereka dalam siri itu, Tom Welling, calon paling sesuai. Bagi mereka, Welling sudah sinonim dengan watak Clark Kent.



Tidak kurang ada yang bertanya siapa Henry Cavill, namanya tidak pernah didengari dalam industri perfileman Hollywood. Ada pendapat menyatakan namanya tidak cukup kuat untuk menggantikan tempat Christopher Reeve yang melakonkan watak Superman/Clark Kent dalam siri filem adiwira itu bermula dengan Superman: The Movie (1978), Superman II (1980), Superman III (1983) dan Superman IV: The Quest for Peace (1987). Apa saja maklum balas diberikan sama ada positif atau negatif, projek Superman terbaru akan diteruskan dan tanggungjawab mengarah diserahkan kepada Zack Snyder.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan