Khamis, 10 Februari 2011

Belusconi dihadapkan ke mahkamah





Majistret Itali hari ini akan meminta supaya Perdana Menteri Silvio Berlusconi (gambar) dihadapkan kepada perbicaraan singkat berhubung tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur dan menyalahgunakan kuasa untuk membantu gadis itu.

Ketua pendakwa raya, Edmondo Bruti Liberati dan beberapa hakim di Milan telah menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan Berlusconi membayar sejumlah wang untuk mengadakan hubungan seks dengan penari kelab malam, Ruby, yang ketika itu masih di bawah umur.



Pertuduhan itu termasuklah penyalahgunaan kuasa sebagai Perdana Menteri untuk meminta polis Milan membebaskan penari rakyat Magribi itu selepas dia ditahan kerana mencuri Mei lalu.
Majistret, termasuk pemburu Mafia, Ilda Boccassini mungkin mempunyai bukti yang cukup untuk melangkau proses pendengaran permulaan dan meminta perbicaraan singkat untuk kedua-dua pertuduhan itu.
Bruti Liberati berkata, perbicaraan itu akan diasingkan dengan siasatan tentang pelakon muda dan ejen televisyen Lele Mora dan Emilio Fede serta bekas pakar kesihatan mulut, Nicole Mora yang masih dalam siasatan kerana menggalakkan pelacur

.                                                     Lele Mora

                                                          Emilio Fede

                                                          nicole mora

Tiada ulasan:

Catat Ulasan