Khamis, 14 April 2011

Zeta-Jones dirawat di hospital mental




Pelakon terkenal, Catherine Zeta-Jones menjalani rawatan kemurungan di sebuah hospital mental di New Canaan, Connecticut, Amerika Syarikat pada Rabu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dimasukkan ke hospital itu selepas menghadapi tekanan akibat suaminya yang merupakan aktor hebat, Michael Douglas bergelut untuk memulihkan penyakit kanser yang dihidapinya.
Aktres berusia 41 tahun itu dimasukkan ke Hospital Silver Hill di sini dan dia ditempatkan di wad pesakit yang mengalami masalah alkohol dan dadah.


GAMBAR fail menunjukkan Michael Douglas and isterinya, Catherine Zeta-Jones di Hotel Beverly Hills, California pada 16 Januari lalu.
 
 

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan