WAJAH mirip Kate Middleton yang terdapat pada gula-gula milik Wesley Hosie.
Hosie kini merancang untuk menjual gula-gula itu sehingga pada harga £500 (RM2,467) di laman lelongan di Internet, eBay.Dia dan kekasihnya, Jessica White, 24, mendapati wajah pada gula-gula itu mirip Middleton pada Selasa lalu di rumah mereka di Taunton, Somerset, Britain.
Hosie mengesan wajah itu semasa dia mahu memakan gula-gula yang disimpan dalam sebuah balang.
"Semasa Jessica membuka balang itu, saya dapat melihat gula-gula yang mengandungi wajah Middleton itu dengan serta-merta. Dia (Middleton) seolah-olah memandang ke arah saya," kata Hosie.
Middleton akan berkahwin dengan William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain dan cucu pemerintah diraja Britain, Ratu Elizabeth II pada 29 April depan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan