Khamis, 26 Mei 2011

Kekasih gelap Ryan Giggs diugut bunuh



RYAN GIGGS 
 
Seorang personaliti televisyen, Imogen Thomas yang terlibat dalam skandal seks dengan bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Ryan Giggs menghubungi polis malam kelmarin selepas dia menerima banyak ugutan bunuh, lapor sebuah akhbar semalam.



Imogen yang juga wartawan, model dan bekas ratu cantik dari Wales menerima ancaman bunuh itu selepas kisah hubungan sulitnya dengan Giggs yang sudah berkahwin tersebar baru-baru ini.
Wanita yang berusia 28 tahun itu dilabel dengan gelaran pelacur yang merosakkan rumah tangga orang lain di laman Twitter.
Individu yang menggelarkan diri mereka sebagai peminat Giggs dan MU turut mengugut untuk membunuh Imogen dan ahli keluarganya.
Ugutan itu juga ditujukan kepada anak saudara lelaki Imogen yang berusia dua tahun menerusi satu mesej di Twitter. Ancaman tersebut menyatakan kepala anak saudaranya itu akan ditembak.
"Saya mahu mendengar awak (Imogen) menjerit dengan sekuat hati gara-gara ketakutan apabila melihat apa yang saya lakukan ke atas anda dan keluarga anda," kata satu mesej yang dihantar di Twitter untuk Imogen.
Wanita jelita itu memberitahu kepada rakannya: "Saya bimbang kerana hidup dalam bahaya. Saya perlu mendapatkan pengawasan polis kerana selepas anak saudara saya diancam bunuh. Dia (anak saudaranya) adalah orang yang paling penting dalam kehidupan saya.
Ada pengguna Twitter lain yang melabelkan diri mereka sebagai penyokong isteri Giggs, Stacey Cooke turut membuat ugutan ke atas Imogen.
Dua pegawai polis dilihat datang ke tempat tinggal model tersebut yang terletak di London di sini malam kelmarin.
Jurucakap polis menyatakan pihaknya masih menyiasat ancaman tersebut yang diklasifikasikan sebagai komunikasi yang berniat jahat.
Skandal seks Giggs, 37, terbongkar baru-baru ini selepas seorang ahli parlimen mendedahkan namanya di Dewan Rakyat dengan menyatakan isu bintang tersebut dibincangkan oleh 75,000 pengguna Twitter.
Sebelum ini, nama Giggs yang sudah berkahwin dengan Stacey dan mempunyai dua anak itu tidak didedahkan media kerana peguam pemain tersebut mengemukakan injuksi kepada mahkamah supaya melarang pihak media mendedahkan namanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan